Begitulah yang berlaku pada 22 Ogos 2023 yang lalu apabila kami telah menerima berita bahawa 3 buah rumah di Kg. Pekan Lama, Pitas Sabah telah mengalami kebakaran dan mangsa yang terlibat adalah rumah pelajar Raudhatul Huffaz dan bekas tenaga pengajar Raudhatul Huffaz.
Keadaan 3 buah rumah yang terbakar
Kebakaran tersebut telah berlaku pada jam 9 pagi semalam dan telah memusnahkan seluruh isi rumah yang membabitkan beberapa buah rumah anak-anak tajaan Raudhatul Huffaz dan bekas tenaga pengajar kami. Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kebakaran masih di dalam siasatan pihak yang berkuasa.

Mangsa-mangsa kebakaran ini tidak mempunyai tempat tinggal dan hanya menumpang di rumah orang kampung yang berbesar hati untuk membantu mereka.

Marilah sama-sama kita berkongsi rezeki membantu saudara kita yang sedang diuji bagi meringankan sedikit beban mereka kerana mereka ini adalah antara keluarga miskin tegar di kawasan tersebut. Moga sumbangan ini antara asbab untuk ke syurga Allah nanti.
Jom #BuatBaik!

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah sumbangan tuan dan puan bagi projek derma kilat telah disampaikan kepada mangsa-mangsa kebakaran pada hari Selasa yang lepas (5 Sept 2023)
Sumbangan yang diberikan berbentuk barangan dan alatan rumah serta sejumlah wang ringgit bagi meringankan beban keluarga mangsa.
Terima kasih kami ucapkan kepada semua penyumbang kerana telah bersama sama kami meringankan beban dan bantu mereka yang dalam kesusahan 😊
Semoga dengan sumbangan yang diberikan ini akan menjadi salah satu asbab untuk kita semua masuk ke syurga. Aamin 🤲🏼

Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini